Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Janggut jin timbul di lautan

    Oleh Juliana Tee –

    Bapa saudara saya adalah pekerja syarikat minyak di lautan dan sepanjang bulan bapa saudara saya berada di kapal di tengah lautan. Selama 15 tahun beliau berkhidmat dengan syarikat minyak sekitar tahun 1980.

    Banyak juga cerita seram yang saya dengar. Pada suatu hari bapa saudara saya sedang memasak di dalam kapal kerana terasa lapar tetapi kawan-kawannya ingin membuat resepi anai iaitu makanan kegemaran orang Mukah, Miri.

    Makanya bapa saudara saya dan kawan-kawannya pun memancing ikan ketika kapal berlabuh di lautan. Setelah dua jam memancing ikan pun tidak diperolehi. Hari semakin gelap kerana hujan dan angin kencang akan melanda tidak lama lagi. Tiba-tiba bapa saudara saya menarik mata kail yang sangat berat ke atas kapal.

    Kawan-kawannya pun menolong dan mereka terkejut apabila mendapati mata kailnya tersangkut rambut yang panjangnya kira-kira 2 meter.

    Kemudian ribut pun melanda, angin kencang dan hujan pun turun. Bapa saudara saya dan kawan-kawannya mendapati banyak ikan di sekitar kapal, mereka pun mengambil penyeduk ikan dan beratus-ratus ikan mereka perolehi tetapi mereka perhatikan ikan yang mereka dapat tidak mempunyai mata.

    Gambar Freepik

    Bapa saudara saya pun berhenti menangkap ikan-ikan itu kerana hari semakin gelap. Tiba-tiba terpancar satu api yang sangat terang menyala-yala di tengah lautan dan timbul pula satu tangan yang sangat besar di lautan. Sehingga mengalahkan kapal tempat bapa saudara saya bekerja.

    Tangan itu timbul selama satu minit kemudian tenggelam pula. Bapa saudara saya dan kawan-kawannya pun masuk ke dalam kapal dalam keadaan ketakutan tetapi seorang daripada mereka tidak berasa takut kerana baginya ini hanya dugaan sahaja.

    Salah seorang daripada kelasi kapal itu bermimpi yang jin di lautan telah marah apabila janggutnya ditarik dan waktu itu jin sedang memakan ikan-ikan di lautan dan sebab itu mata ikan tidak ada lagi.

    Dan tangan dinaikkan di lautan menandakan kekalahan, kerana janggutnya tercabut. Apabila tersedar kelasi kapal itu menceritakan kepada kawan-kawannya termasuk bapa saudara saya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...