Friday, February 3, 2023
22.5 C
Brunei

-

Janggut terpanjang catat rekod dunia

CASPER, WYOMING, 13 NOV – Peminat janggut mendakwa telah mencatat rekod baharu dunia untuk rangkaian janggut terpanjang pada satu acara di Wyoming baru-baru ini, menurut laporan Casper Star-Tribune.

Peserta berkumpul di Gaslight Social berdiri sebelah-menyebelah dan menyepit janggut untuk rekod.

Ia adalah lebih dua kali ganda lebih panjang daripada Rekod Dunia Guinness yang dicatat di Jerman pada 2007 sepanjang 62 kaki, 6 inci.

Untuk mengambil bahagian, peserta perlu mempunyai janggut sekurang-kurangnya lapan inci panjang, menurut Star-Tribune. Acara itu diadakan sebagai aktiviti sampingan Kejohanan Janggut dan Misai Kebangsaan, yang berlangsung semalam di Pusat Ford Wyoming. – AP

Lelaki menunggu janggut mereka diukur sebagai sebahagian daripada percubaan untuk memecah rekod rangkaian janggut terpanjang dunia di Casper, Wyoming. – AP
Artikel sebelum iniJPD pamer ciri baharu 1-Week Bid
Artikel seterusnyaJohari julang trofi NBT
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -