Thursday, July 4, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI – Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan.

    Institut Kesihatan dan Kebajikan Australia (AIHW) hari ini mengeluarkan laporan utama dwitahunan terbarunya mengenai kesihatan negara.

    Ia mendedahkan bahawa jangka hayat kanak-kanak yang dilahirkan di Australia antara 2020 dan 2022 ialah 81.2 tahun untuk lelaki dan 85.3 tahun untuk wanita, turun 0.1 tahun untuk kedua-duanya berbanding kanak-kanak yang dilahirkan antara 2019 dan 2021.

    Menurut AIHW, ia menandakan kali pertama sejak pertengahan 1990-an bahawa jangka hayat Australia telah menurun.

    Laporan itu mengaitkan kejatuhan itu dengan peningkatan kematian di Australia pada 2022, hampir separuh daripadanya disebabkan oleh COVID-19. – Xinhua

    Sekitar pemandangan di Melbourne, Australia. – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...