Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangkitan COVID-19 di Australia tunjuk penurunan

    SYDNEY, 28 JAN – Jangkitan COVID-19 di negeri-negeri paling teruk dilanda di Australia menunjukkan tanda-tanda penurunan, meskipun beberapa negeri masih mencatatkan kadar kematian yang tinggi, lapor Xinhua.

    Negeri Queensland melaporkan 9,974 kes baharu dan 18 kematian pada Jumaat, menjadikannya kematian harian tertinggi sejak wabak itu dikesan di negeri itu. Kini terdapat 818 orang yang dirawat di hospital, turun daripada 829 orang pada Khamis.

    Ketua Pegawai Kesihatan Queensland John Gerrard berkata keadaan di kebanyakan kawasan di Queensland adalah sangat stabil dan negeri itu menjangkakan akan mengalami penurunan dalam tempoh tujuh hari akan datang, dan Gold Coast, wilayah yang paling terjejas, sudahpun menunjukkan penurunan kes.–Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda