Jangkitan COVID-19 AS tertinggi di dunia

WASHINGTON, 27 MAC – Amerika Syarikat (AS) kelmarin menjadi negara yang paling banyak dijangkiti koronavirus di dunia dan turut melaporkan rekod peningkatan pengangguran dengan ketua dunia tersebut berikrar memperuntukkan dana sebanyak AS$5 trilion untuk membantu kemerosotan ekonomi global.

Lebih daripada 500,000 orang di seluruh telah dijangkiti koronavirus, sistem kesihatan yang telah tewas termasuk di negara-negara kaya dan menyebabkan banyak negara telah mengarahkan perintah berkurung serta telah mengganggu kehidupan seharian berbilion penduduk.

Di AS, lebih daripada 83,000 orang telah disahkan positif dijangkiti COVID-19, lebih sedikit daripada Itali, yang mencatatkan jumlah kematian yang paling ramai, dan China, di mana virus pertama mula dikesan pada bulan Disember di bandar Wuhan.

AS telah merekodkan 1,178 kematian, sementara kematian global dicatatkan seramai 23,293 orang.

“Kita sedang berperang dengan virus dengan menggunakan kewangan, saintifik, perubatan, farmasi dan sumber ketenteraan, untuk menghentikan penyebaran dan melindungi rakyat kita,” kata Presiden AS, Donlad Trump.

Jalan raya di Manhattan yang lengang selepas arahan ‘perintah berkurung’ dikeluarkan. Terbaru, AS mencatatkan jangkitan koronavirus tertinggi di dunia dan melaporkan rekod peningkatan pengangguran. – AP

Dengan kira-kira 40 peratus rakyat AS di bawah perintah berkurung, Trump menyeru rakyatnya untuk melakukan tanggungjawab mereka dengan mengamalkan penjarakkan sosial: “Tinggal di rumah, rileks, kekal di rumah.”

Dengan kebimbangan memuncak kemelesetan ekonomi, pemimpin-pemimpin dari G20 kuasa-kuasa besar ekonomi mengadakan perjumpaan menerusi sidang video kelmarin, merayu ‘negara-negara bersatu’ untuk melawan jangkitan – termasuk menyumbangkan dana kewangan yang besar.

“Virus tersebut tidak mengenal sem-padan,” kata para pemimpin-pemimpin.

“Kami telah menyumbangkan lebih daripada $5 trilion ke dalam ekonomi global, sebagai polisi fiskal yang dirancang, langkah-langkah ekonomi, dan jaminan skim untuk mengubati sosial, ekonomi dan impak kewangan disebabkan oleh pandemik.”

Mereka turut menyeru sokongan ‘kukuh’ untuk negara membangun, di mana koronavirus mungkin beralih ke sana selepas membinasakan China dan Eropah.

Namun seruan untuk bersatu oleh G20 terjejas oleh perang mulut antara AS dan China dalam usaha mengatasi krisis itu. Dan Itali serta Sepanyol, yang mencatatkan kematian kedua tertinggi, membantah draf pelan ekonomi oleh Kesatuan EU kerana mereka melihatnya terlalu lemah.

Perdana Menteri Itali, Guiseppe Conte mahukan tindak balas kewangan yang ‘kuat dan mencukupi’ yang mengatur kedudukan ‘instrumen kewangan inovatif sesuai untuk berperang,” pejabat beliau berkata.- AFP