Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jangkitan COVID di UK cecah rekod tinggi

    LONDON, 1 APRIL – Kadar jangkitan COVID telah mencecah rekod tinggi di UK, data rasmi menunjukkan hari ini, ketika ujian percuma kerajaan berakhir untuk jutaan penduduk di England.

    Kira-kira 4.9 juta penduduk di UK dianggarkan dijangkiti COVID dalam minggu berakhir 26 Mac, 600,000 lebih tinggi daripada minggu sebelumnya, menurut tinjauan terbaharu daripada Pejabat Statistik Nasional.

    Ia berkata satu dalam 13 orang di England dianggarkan dijangkiti COVID dalam minggu itu, meningkat daripada satu dalam 16 pada minggu sebelumnya.

    Kadar di Scotland adalah lebih tinggi, pada satu dalam 12 orang.

    “Peningkatan pesat didorong oleh penularan varian BA.2 Omicron di seluruh Eropah,” kata ahli statistik ONS, Kara Steel.

    Mulai hari ini, kebanyakan orang di England terpaksa membayar kit ujian COVID mereka sendiri. Ujian percuma hanya boleh diperoleh dalam situasi penjagaan kesihatan. Ujian percuma akan diteruskan setakat ini di Scotland, Wales dan Ireland Utara, yang menetapkan dasar kesihatan mereka sendiri.

    Meskipun kritikan yang diterima, Setiausaha Kesihatan Sajid Javid berkata penduduk mesti ‘belajar hidup dengan COVID.’

    “Kita adalah salah sebuah negara paling terbuka dan bebas di dunia sekarang, dan ia disebabkan keputusan yang kita ambil sebagai sebuah negara,” katanya, selepas kawalan terakhir England dibatalkan pada Februari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...