Thursday, March 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangkitan darah punca kematian

    KUCHING, 19 DIS – Kematian anak damit berusia tiga bulan ketika dalam perjalanan menaiki bas bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei baru-baru ini, berkemungkinan disebabkan jangkitan darah (sepsis) dengan komplikasi jangkitan selaput otak (meningitis).

    Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Ooi Choo Huck berkata kemungkinan punca kematian itu diperolehi berdasarkan temu bual bersama ibu bapa, rekod perubatan dan pemeriksaan fizikal ke atas mayat anak damit.

    “Menurut laporan siasatan akhir ke atas isu berkenaan, anak damit itu meninggal dunia di dalam bas semasa dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember lepas bertujuan untuk mendapatkan rawatan tradisional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurutnya ibu anak damit tersebut menyedari anaknya itu tidak bernafas semasa mereka berhenti di perhentian bas Jelukong, Sri Aman, sebelum dibawa ke hospital berdekatan iaitu Hospital Betong dan disahkan telah meninggal dunia.

    “Bagaimanapun, bedah siasat tidak dilakukan kerana pihak keluarga tidak bersetuju dan mayat anak damit itu kemudian dibawa pulang oleh pihak keluarganya untuk dikebumikan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda