Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangkitan HIV meningkat kepada 388

    ULAN BATOR, 28 NOV – Jumlah individu yang disahkan positif HIV dan pesakit AIDS di Mongolia telah meningkat kepada 388, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCCD) hari ini.

    NCCD menganggarkan bahawa jumlah sebenar individu yang hidup dengan HIV di negara ini mungkin mencecah 667. Data itu dikongsi dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut setiap tahun pada 1 Disember.

    Mongolia, yang mempunyai populasi seramai 3.5 juta, diklasifikasikan sebagai negara penyebaran HIV yang rendah dalam kalangan populasi umum. Namun, jangkitan HIV tertumpu dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi, yang menekankan keperluan untuk usaha pencegahan dan intervensi yang disasarkan, menurut NCCD. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda