Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Janna Nick alami masalah radang usus

    Pelakon Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.

    Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah hari ini namun masih dalam proses pemulihan.

    “Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.

    Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.

    Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.

    Sementara itu, Dini ketika dihubungi mStar memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.

    “Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.

    Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih. – Agensi

    Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda