Sunday, November 17, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Janna Nick dikritik suka menyampuk komen juri

    Pelakon dan pengacara, Janna Nick, 27, tampil menjawab dakwaan warganet berhubung gelagat sering menyampuk ketika juri memberi komen di pentas program realiti, Famili Duo, malam tadi.

    Janna yang mengendalikan Famili Duo musim baharu menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu memastikan acara berlangsung dalam masa ditetapkan.

    “Itu kerja pengacara yang orang tak faham, jadi saya perlu ambil ‘watak jahat’ untuk potong cakap juri.

    “Saya selalu ambil ‘watak jahat’, saya terpaksa potong dan menyampuk kata-kata juri. Tidak mengapa, biarlah orang nak cakap apa, Janna Nick menyampuk, potong cakap juri, saya terima benda itu dengan hati terbuka.

    “Saya jalankan tanggungjawab sebagai pengacara di mana saya kena pastikan acara berlangsung dua jam. Kalau saya tak buat benda itu, mungkin jadi tiga jam,” katanya sebaik konsert pertama Famili Duo Musim Kedua di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi, berakhir.

    Tambah Janna, dia tidak sedikit pun terasa apabila caranya mengendalikan program terbitan TV3 dikritik hebat penonton dalam media sosial.

    “Saya tidak terasa hati. Saya tahu kadang-kadang sebagai pengacara, saya kena faham orang yang memberi komen tidak berada dalam situasi di atas pentas,” katanya. – Agensi

    Kaedah kemudi Familia Duo dikritik hebat, Janna tak terasa hati. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda