Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Janna Nick sampai tertekan belum mengandung

    Pelakon Malaysia, Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila hasrat untuk menimang cahaya mata belum kesampaian selepas membuat ujian kehamilan.

    Memetik laporan mStar, Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata, sudah pelbagai cara dilakukan untuk hamil namun perlu menerima hakikat rezekinya belum dikurniakan rezeki anak.

    “Terbangun tidur pukul 4 pagi, jadi saya buat keputusan untuk buat ujian kehamilan. Buat ujian itu masa Dini tidur, jadi dia tak nampak saya tertekan.

    “Gementar setiap kali nak periksa keputusan berharap dapat dua garis, jadi boleh buat kejutan pad Dini.

    “Baru nampak keputusan (satu garisan), pelik sebab dah cuba pelbagai cara. Kena paksa diri untuk terima, belum rezeki,” katanya.

    Janna berkongsi perkara itu hantaran video di TikTok miliknya pada petang Rabu sebagai menjawab soalan pengikutnya yang menyangka beliau sedang hamil.

    Dalam pada itu, Janna memberitahu beliau juga sanggup berkorban melakukan aktiviti kegemarannya seperti yoga, senaman berat dan sauna bagi memastikan beliau dapat hamil.

    Tidak hanya itu, Janna juga sudah mengamalkan pelbagai suplemen sehingga emosinya terganggu disebabkan tertekan masih belum mengandung.

    “Saya sudah masuk fasa psiko! Jawapan bagi soalan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak ‘lekat’.

    “Korban segala aktiviti yang saya suka macam yoga, sauna, senaman betat, kerja berlebihan sebab nak membolehkan badan saya berehat.

    “Makan segala jenis suplemen sampai muka naik jerawat besar. Mula ‘psiko’ bola setiap bulan semua benda saya rasa simptom mengandung,” katanya.

    Kata Janna, beliau mula sedar proses kehamilan bukan mudah dan berdoa agar semua wanita yang sedang berjuang mendapatkan cahaya mata agar dipermudahkan.

    “Tolong ambil perhatian, proses kehamilan tidak mudah. Saya faham dan terima takdir. Tahu ada orang lagi lama menunggu.

    “Saya berdoa agar semua yang sama-sama berjuang serta menanti akan dapat bayi yang comel,” ujarnya.

    Untuk rekod, Janna dan Dini atau Dini Schatzmann, 30, mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 di Langkawi, Kedah. – Agensi

    Janna Nick sudah cuba pelbagai cara untuk hamil. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...