Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Janna Nick takut keluar bekerja

    Meskipun aktiviti penggambaran dibenarkan sepanjang pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula Rabu lalu hingga 27 Oktober ini, pelakon Janna Nick mengakui berasa takut untuk keluar bekerja.

    Bintang filem Pasal Kau itu sebolehnya cuba mengelakkan dirinya daripada keluar dan terdedah dengan jangkitan virus berbahaya itu.

    “Takutlah nak shooting. I don’t want to be a spreader or get infected by COVID-19,” tulis Janna di laman Twitter miliknya.

    Biarpun penggambaran dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kebimbangan Janna itu berasas berikutan peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin tinggi di dalam negara menerusi gelombang ketiga pandemik tersebut.

    Kenyataan Janna itu bagaimanapun mendapat reaksi yang pelbagai daripada para peminat dan pengikutnya di laman itu di mana ada yang menyokong dan ada juga yang berpendapat sebaliknya.

    Dalam pada itu, Rabu lalu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah memperkenalkan insentif Saringan Prihatin kepada syarikat produksi yang melakukan ujian swab COVID-19 bagi membolehkan syarikat produksi membuat tuntutan caj ujian saringan ke atas pelakon dan kru yang menjalani penggambaran sepanjang tempoh PKPB.

    Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, insentif tersebut sebagai tanda prihatin Finas terhadap para pengkarya seni terlibat.

    “Tujuan utama inisiatif tersebut dilaksanakan adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kru-kru produksi dan barisan artis sentiasa terjamin di lokasi penggambaran.

    “Langkah tersebut juga diharapkan dapat mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus berleluasa,” katanya. – Agensi

    Janna Nick sebolehnya cuba mengelakkan dirinya daripada keluar dan terdedah dengan jangkitan COVID-19. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda