Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Janna Nick upah MUA dari Thailand

    Majlis resepsi perkahwinan ala barat pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di sebuah resort mewah di Pulau Langkawi pada Sabtu lalu mendapat perhatian ramai.

    Bukan sahaja kemeriahan acara berkenaan, malah solekan pada wajah Janna juga turut menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini.

    Susulan itu, seorang pengguna Facebook mendedahkan aktres berkenaan menerbangkan jurusolek khas dari Thailand bagi menata rias cantik wajahnya pada hari bahagia itu.

    Pengguna laman berkenaan berkongsi mengenai caj dan upah yang dikenakan oleh jurusolek dikenali sebagai Babara Beer itu.

    Katanya, dia sekadar bertanya harga kepada jurusolek berkenaan selepas tertarik melihat hasil solekannya pada Janna itu.

    Dalam perbualan di aplikasi WhatsApps, Babara mengenakan bayaran sebanyak 70,000 bath atau RM9,331.19 untuk perkhidmatan solekan di Malaysia.

    “Ketika di saat ini tular makeup artist (MUA) Thailand yang makeup untuk Janna Nick, love betul kan tengok. Saja tanya harga make up MUA Thailand ini.

    “Harganya 70,000 bath. Kita sahaja tanya. Padanlah dengan harga artis,” kongsinya. – Agensi

    Janna berhabis hampir RM10,000 untuk dapat solekkan yang berseri pada hari bahagianya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda