Sunday, February 16, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Japan Post henti hantar reptilia hidup

    TOKYO, 22 JAN – Japan Post akan menghentikan perkhidmatan penghantaran reptilia hidup mulai 1 April, atas dasar kebajikan haiwan, menurut jurucakap syarikat itu hari ini.

    Keputusan itu dibuat selepas menerima aduan pelanggan serta kritikan daripada aktivis hak asasi haiwan di platform dalam talian, jelas jurucakap perkhidmatan pos kebangsaan itu kepada AFP.

    “Selepas berunding dengan pihak kerajaan, kami menyedari bahawa penghantaran haiwan dalam persekitaran tanpa kawalan suhu dan bekalan makanan boleh dianggap bersamaan dengan penganiayaan haiwan,” katanya.

    Mulai 1 April, Japan Post – yang telah pun melarang mamalia dan burung melalui pos – dilarang menghantar reptilia hidup menerusi perkhidmatan pos atau bungkusan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda