Monday, April 28, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaringan awal Sancho tumbangkan PSV

    DORTMUND, 14 MAC – Gol Jadon Sancho pada minit ketiga dan jaringan lewat Marco Reus membawa Borussia Dortmund ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0, mengesahkan kemenangan agregat 3-1 kelmarin.

    Setelah seri 1-1 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir di Belanda, Sancho tidak membuang masa untuk meletakkan Dortmund di hadapan dengan sepakan rendah di Westfalenstadion.

    PSV bertindak balas pada masa kecederaan untuk menyamakan kedudukan tetapi sebaliknya memberi gol lagi kepada Dortmund, apabila Isaac Babadi secara tidak sengaja tergelincir membolehkan Reus melakukan jaringan.

    PSV juga gagal beberapa kali untuk mencari gol termasuk ketika Luuk de Jong terlepas peluang keemasan dalam masa kecederaan.

    “(Kami) menguasai permainan tetapi hanya tidak dapat menjaringkan gol,” kata bos PSV, Peter Bosz, yang mengalami kekecewaan selama enam bulan memimpin Dortmund pada tahun 2017.

    Reaksi Jadon Sancho (kanan) meraikan gol pertama BVB Borussia Dortmund semasa menentang PSV Eindhoven dalam perlawanan bola sepak aksi kedua 16 terakhir Piala Juara-Juara UEFA, kelmarin. – AFP

    Setelah berjanji pada dirinya bahawa dia ‘mengharapkan lebih dari dirinya sendiri’ selepas jaringan gol pertamanya apabila kembali ke Jerman setelah dipinjamkan dari Manchester United pada Januari, Sancho membuka jaringan semasa asap daripada suar pra-permainan masih belum hilang.

    Pemain sayap Inggeris yang kurang disgemari itu memanfaatkan kegagalan PSV untuk mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti, menerima hantaran Julian Brandt dan meleretkan bola ke sudut rendah gawang.

    “Saya sudah yakin di bilik persalinan lagi bahawa kami sudah siap bersedia,” kata Sancho kepada media.

    “Dari wisel permulaan hingga akhir, kami berpegang kepada rancangan kami dan saya gembira kami mendapat kemenangan,” tambahnya.

    Bagaimanapun, Sancho digantikan Reus apabila mengalami kecederaan paha ketika perlawanan berbaki 15 minit.

    Reus kemudiannya berjaya melakukan jaringan dengan tenang menewaskan Walter Benitez dan mencetuskan sorakan gemuruh buat tuan rumah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda