Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaringan Bamba hampiri jurang PSG

    PARIS, 7 Okt – Pemain muda Lille, Jonathan Bamba menjaringkan dua gol menentang bekas kelabnya, Saint-Etienne untuk memastikan pasukan kendalian Christopher Galtier menang 3-1 yang mengurangkan pendahuluan Paris Saint-Germain dalam Ligue 1 semalam.

    Pasukan tuan rumah, yang menghindarkan penyingkiran musim lalu, sekarang mencatatkan kelebihan empat mata di depan Saint-Etienne selepas meletakkan tekanan ke atas juara PSG, yang mempertahankan rekod 100 peratus mereka menentang Lyon semalam.

    Lille mengukuhkan kemenangan 3-0 mereka ke atas Marseille hujung minggu lalu dengan bergaya, tetapi jurulatih Galtier tidak mahu untuk meletakkan peluang-peluang pasukan mudanya untuk menyudahkan tangga ketiga teratas dan kelayakan dalam Liga Juara-Juara.

    “Saya berpuas hati dengan permainan pasukan dalam dua perlawanan ini,” katanya.

    “Permulaan ini tidak dijangka. Saya memiliki pemain muda dan apabila anda muda, anda memiliki keinginan yang besar.

    Reaksi Bamba (kiri) ketika meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang Saint Etienne di Stadium Pierre-Mauroy di Villeneuve d’Ascq, kelmarin. – AFP

    “Mereka perlu mengekalkan keinginan ini, tanpa perlu menjadi obses, terus kekal cergas.

    “Ini adalah kedudukan yang perlu diserapkan dan apabila terdapat sedikit keadaan yang baik, mata yang kami terima sekarang akan memastikan kami dalam keadaan bagus.”

    Bamba memastikan Lille bermula dengan baik pada minit ke-17, mendapatkan hantaran Loic Remy sebelum membuka ruang bagi rembatan yang menerjah gawang.

    Remy Cabella menyamakan kedudukan bagi Saint-Etienne menerusi sepakan penalti hanya sembilan minit kemudian, tetapi Bamba sekali lagi menjaringkan gol pada minit pembukaan separuh masa kedua.

    Nicolas Pepe memastikan pemain itu, 22, meluru dan memasuki kawasan sebelum membuat sepakan melencong dari luar kotak penalti.

    Bamba, yang meninggalkan Saint-Etienne untuk bersama Lille bagi pertukaran percuma pada musim penamat, sekarang menjaringkan tujuh gol dalam sembilan kemunculan bagi kelab baharunya.

    Kemenangan keempat dalam lima perlawanan dilengkapkan, ketika Bamba meluru dari bahagian midfield pasukan pelawat dan membuat hantaran untuk Pepe bagi jaringan di antara kaki penjaga gol Les Verts, Stephane Ruffier.

    Pepe, 23, telah menjaringkan enam gol musim ini bagi dirinya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda