‘Jaringan benzema tutup mulut pengkritik’

MADRID, 19 JUN – Zinedine Zidane mengatakan Karim Benzema berjaya menutup mulut pengkritik ketika dia menjaringkan gol yang menakjubkan ketika menentang Valencia semalam.

Benzema dengan cemerlang melakukan kawalan bola dengan baik melepasi pemain pertahanan Valencia, Hugo Gillamon dengan kaki kanannya dan kemudian membuat rembatan cantik dengan kaki kirinya ke sudut gawang, di mana Madrid mengalahkan Valencia 3-0 di Stadium Alfredo di Stefano.

Marco Asensio sebelum itu berjaya mencetak dua gol setelah Benzema menemui jaringan pendahuluan buat Madrid, jaringan yang merupakan kali ke-21 dalam 38 perlawanannya.

“Persembahannya luar biasa, seperti keseluruhan pasukan, tetapi jaringannya itu lagi luar biasa,” kata Zidane.

“Kami tahu bahawa dia selesa dengan kaki kirinya tetapi itu sangat mengagumkan, untuk mengawal bola dengan cara begitu dan rembatan seperti itu dengan kaki kirinya tanpa bola menyentuh ke tanah, benar-benar ia adalah kemahiran yang sangat luar biasa.

Reaksi Karim Benzema ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan La Liga antara Real Madrid CF dan Valencia CF di Stadium Alfredo, Stefano, Madrid, semalam. – AFP

“Ia sangat cantik untuk melihatnya dan saya gembira untuknya. “Setiap kali kita melihat Karim sebagai pemain nombor sembilan dari Madrid, dia mesti menjaringkan gol, dia tetap terus melakukannya.

Oleh itu, ketika dia berjaya menjaringkan gol, saya gembira dengan pekerjaannya, dia selalu membuat yang terbaik.

“Benzema adalah pemain kontroversial Perancis setelah didakwa terlibat dalam pemerasan ugut terhadap bekas rakan sepasukannya Mathieu Valbuena.

Dia digantung dari pasukan kebangsaan sejak 2015.

Tetapi pemain berusia 32 tahun itu merupakan pemain sensasi untuk Real Madrid musim ini dan gol terbaharunya adalah yang ke-243 untuk kelab itu, meletakkannya di tempat kelima dalam senarai Madrid dalam jaringan terbanyak sepanjang masa.

“Kami tahu semua perlawanan ini adalah final, jadi ini sangat penting bagi kami dan juga secara peribadi,” kata Benzema.

“Itu adalah gol yang cantik, saya rasa saya boleh mengatakan bahawa ia cantik. Kadang-kadang saya melakukannya dalam latihan dan hari ini saya berjaya membuatnya dalam perlawanan itu.” – AFP