Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaringan Curry gagal atasi Hawks

    NEW YORK, 4 FEB – Stephen Curry menjaringkan 60 mata semalam namun Dejounte Murray berjaya menyelamatkan Atlanta Hawks dalam masa tambahan untuk kemenangan NBA 141-134 ke atas Golden State.

    Curry, juara NBA empat kali itu membuat 22 daripada 38 percubaan dari lantai, 10 daripada 23 dari jarak tiga mata dan menambah enam rebound serta empat assist untuk Warriors yang dibelenggu kecederaan.

    “Steph sangat hebat,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr. “Persembahan yang sungguh luar biasa. Saya berasa sangat sedih untuknya dan untuk rakan-rakan sepasukannya kerana mereka sedang berjuang. Steph amat menyerlah.”

    Curry hanya kurang satu mata untuk menyamai rekod NBA bagi percubaan tiga mata dalam satu permainan dan pengawal berusia 35 tahun itu menyertai mendiang Kobe Bryant sebagai satu-satunya pemain berusia lebih 35 tahun yang menjaringkan 60 atau lebih dalam satu permainan NBA.

    Dalam satu lagi perlawanan penting, LeBron James menjaringkan 24 mata dan Austin Reaves menambah 22 untuk memimpin Los Angeles Lakers meraih kemenangan 113-105 di New York, menamatkan rekod sembilan kemenangan berturut-turut Knicks.

    Lakers mengatasi New York 33-19 pada suku keempat untuk merosakkan prestasi 36 mata oleh Jalen Brunson.

    “Kami hanya meningkatkan intensiti pertahanan kami,” kata James mengenai persembahan mereka. “Kami benar-benar cekap dan tepat pada masanya dengan jaringan kami, dengan serangan kami, dengan penggiliran kami.

    “Jalen sedang bermain pada tahap lebih daripada peringkat All-Star tahun ini, jadi kami tahu dia merupakan ancaman paling utama. Kami hanya cuba melemahkannya pada suku keempat, menjaganya dengan beberapa orang, terus menukar pertahanan dan saya fikir itu banyak membantu.” – AFP

    Aksi Curry cuba melepasi penyerang Atlanta Hawks, Jalen Johnson pada separuh masa pertama perlawanan NBA pada 3 Februari 2024 di Atlanta. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda