Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaringan Faizal bantu Malaysia kalahkan New Zealand

    KUALA LUMPUR, 19 JAN – Jaringan Faizal Saari membantu Malaysia meraih kemenangan 3-2 ke atas New Zealand, sekali gus boleh menjangkakan laluan lebih mudah ke suku akhir kejohanan hoki Piala Dunia 2023.

    Pada perlawanan terakhir kumpulan C di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India hari ini, Speedy Tigers terlepas peluang menjaringkan gol awal apabila pukulan rendah sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim terkena penjaga gol New Zealand, Dixon Dominic pada minit ketujuh.

    Bagaimanapun, sentuhan mudah Faizal, 32, selepas menerima lorongan dari Shello Silverius berjaya meletakkan Malaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia di hadapan skuad Black Sticks pada minit kelapan.

    Selepas kedua-dua pasukan tidak berjaya menghasilkan sebarang jaringan pada suku kedua, Muhammad Razie menyempurnakan pukulan sudut penalti sekali gus meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-42.

    Percaturan strategi pasukan di ranking kesembilan dunia yang membiarkan gol mereka tanpa penjaga bagi menambah tenaga pemain dalam padang ketika permainan berbaki 10 minit ternyata berhasil apabila meledakkan dua gol dalam tempoh dua minit. – Bernama

    Aksi pemain Malaysia (kiri) menentang pasukan New Zealand di kejohanan hoki Piala Dunia 2023. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda