ALICANTE, SEPANYOL, 5 JAN – Ansu Fati meledak gol kemenangan pada masa tambahan untuk Barcelona dalam kemenangan mendebarkan 4-3 ke atas Intercity, pasukan daripada divisyen ketiga dalam pusingan 32 Piala Sepanyol, kelmarin.
Pemain dari Alicante hampir memalukan Barcelona setelah bekas pemain remaja La Masia, Oriol Soldevila menjaringkan hatrik untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan, sebelum jaringan Fati menyelamatkan Barca.
Ronald Araujo menanduk masuk bola ke gawang hasil daripada sepakan sudut pemain muda Pablo Torre.
Pemain pertahanan Uruguay itu kembali beraksi selepas kecederaan paha yang menghalangnya daripada bermain untuk negaranya di Piala Dunia, juga gagal dalam percubaan dari luar garisan.
Ferran Torres dan Ousmane Dembele mensia-siakan peluang untuk Barca sebelum Intercity menjaringkan gol penyamaan yang mengejutkan, dengan Soldevila meledak gol dari jarak dekat hasil daripada sepakan sudut.

Dembele melakukan cip yang hebat untuk meletakkan Barcelona kembali di hadapan apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-66.
Intercity kembali menyamakan kedudukan apabila Soldevila menghasilkan tandukan yang baik untuk menewaskan Inaki Pena tetapi Raphinha menyambut hantaran silang rendah Jordi Alba untuk memulihkan pendahuluan Barcelona.
Bagaimanapun Soldevila menyempurnakan hatrik yang luar biasa menentang bekas pasukannya selepas Marcos Alonso jatuh untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.
Pemain gantian Fati menjaringkan gol pada minit ke-104, dan ia terbukti memberikan kemenangan untuk Barca. – AFP