MILAN, 7 MEI – Davide Frattesi membawa Inter Milan ke final Liga Juara-Juara kelmarin dengan kemenangan 4-3 pada masa tambahan yang menakjubkan ke atas Barcelona, 7-6 secara agregat.
Pemain tengah Itali, Frattesi meledak gol pada minit ke-99 di bawah hujan lebat Milan dan menggegarkan stadium San Siro yang penuh sesak dengan kegembiraan.
Pasukan Simone Inzaghi akan menentang sama ada Arsenal atau Paris Saint-Germain pada akhir bulan ini di Munich, dengan harapan besar untuk dinobatkan sebagai raja Eropah buat kali keempat selepas muncul sebagai juara dalam pertandingan epik kelmarin.
Gol kemenangan Frattesi yang juga gol ketujuhnya musim ini dan mungkin yang paling penting dalam kariernya, adalah lebih menakjubkan kerana Inter sepatutnya hampir disingkirkan.
Tuan rumah hampir pulang dengan kecewa semasa baki dua minit masa perlawanan apabila Raphinha membimbing Barca bangkit daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa dan memberikan pendahuluan 3-2 pada malam itu.
Tetapi Francesco Acerbi mengejutkan semua orang di stadium, tidak kurang penyokong Barca yang sudah pun meraikannya, apabila dia melorong masuk bola dari hantaran lintang Denzel Dumfries pada minit kedua masa tambahan.
Gol itu terhasil apabila Barca menjadi pasukan yang lebih baik pada separuh masa kedua masa biasa selepas masuk pada waktu rehat di belakang kepada gol cemerlang Lautaro Martinez dan penalti Hakan Calhanoglu pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Eric Garcia dan Dani Olmo menyamakan kedudukan Barca dengan gol pada minit ke-54 dan ke-60, kedua-duanya daripada hantaran Gerard Martin.
Kedudukan mungkin juga berubah pada minit ke-113 apabila percubaan Lamine Yamal, terkena tiang sebelum gol penyamaan Acerbi.
Inter kemudian berjaya menahan asakan Barca sehingga tamat sebelum suara gemuruh memenuhi stadium setelah pada wisel penamat ditiup. – AFP
