Jaringan Kamada benam Arsenal

LONDON, 29 NOV – Daichi Kamada menjaringkan dua gol di separuh masa kedua buat Eintracht Frankfurt menundukkan Arsenal dengan 2-1 dalam Liga Eropah, kelmarin.

Kekalahan di stadium Emirates mencatat kekalahan Arsenal dalam tujuh perlawanan sepanjang pertandingan – yang paling buruk sejak 1992 sekali gus meningkatkan tekanan kepada jurulatih Unai Emery selepas beberapa keputusan yang mengecewakan.

Kamada menjaringkan gol dalam 10 minit separuh masa kedua dengan tendangan rendah dari jarak jauh ketika Frankfurt berusaha mencari gol penyamaan. Diikuti gol kedua selepas pemain Arsenal gagal membuat clearance sembilan minit kemudian, apabila dia melihat ruang di sudut gawang.

Pierre-Emerick Aubameyang memberikan Arsenal mendahului perlawanan di separuh masa pertama ketika Gabriel Martinelli membuat hantaran lintang rendah untuk penyerang itu menjaringkan gol dengan sepakan yang terkena palang kemudian menerjah gawang.

Eintracht mengekori Arsenal dalam Kumpulan F dengan kelebihan satu mata diikuti dengan Standard Liege dengan tiga mata selepas seri 1-1 ke atas Vitoria. Pasukan Wolverhampton Wanderers dan Braga berkongsi satu mata setelah terikat 3-3.

Wolfsburg, Gent, Alkmaar, Sporting, LASK dan APOEL meneruskan saingan dalam pusingan seterusnya.

Borussia Monchengladbach dan Roma meneruskan langkah selepas kemenangan di tempat lawan sementara itu Lazio masih dalam percaturan. – AP

Daichi Kamada ketika menjaringkan gol keduanya sambil dihalang oleh penjaga gol Arsenal pada perlawanan menentang Arsenal kelmarin. – AP