Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Jaringan penyudah Thompson bantu Warriors tewaskan Nets

    LOS ANGELES, 30 JAN – Klay Thompson menjaringkan three-point dengan baki 12.5 saat untuk membawa Golden State Warriors meraih kemenangan 110-106 ke atas Brooklyn Nets kelmarin.

    Kemenangan pasukan The Warriors di San Francisco hanya berjaya mengelak daripada kekalahan pada malam yang menyaksikan Toronto Raptors mengasak pendahulu Eastern Conference, Miami Heat 124-120 dalam perlawanan mengujakan pada masa tambahan dan Philadelphia 76ers bangkit untuk mencipat kemenangan 103-101 ke atas Sacramento Kings.

    “Splash Brothers’ iaitu Thompson dan Stephen Curry menghadapi kesukaran pada awal perlawanan, mengumpulkan hanya tujuh mata semasa separuh masa pertama. Tetapi mereka berjaya memperoleh 17 mata terakhir untuk Golden State ketika Warriors menewaskan pasukan Nets yang diketuai oleh Kyrie Irving tetapi tidak tanpa kelibat dua daripada ‘Big Three’ iaitu Kevin Durant dan James Harden.

    Irving, yang didakwa oleh penyokong San Francisco kerana keengganannya menerima vaksinasi COVID-19, memperoleh 32 mata dan Nets bangkit daripada ketinggalan 19 mata pada suku ketiga untuk merapatkan jurang pendahuluan kepada satu daripada dua lontaran percuma daripada Patty Mills.

    Golden State segera menyerang apabila Thompson, dibiarkan tidak dikawal ketika Curry menarik dua pasukan, membuat jaringan three-point untuk mendahului 107-103.

    Irving membalas dengan jaringan three-point, tetapi lontaran percuma daripada Curry dan dua lagi lontaran daripada Thompson telah mengesahkan kemenangan The Warriors.

    Thompson, masih lagi dirinya selepas diketepikan kerana kecedera-an selama dua tahun setengah, telah menamatkan dengan 16 mata. Curry memperoleh 19 mata dan Andrew Wiggin mendahului pasukan Warriors dengan 24 mata dan lapan rebound.

    Mills melakukan enam jaringan three-point­ 24 mata untuk Brooklyn, yang beraksi tanpa Durant ketika dia masih lagi meneruskan untuk pulih daripada lutut yang terseliuh dan tanpa kelibat Harden, yang mengalami kecederaan pada tangan kanannya, kata jurulatih Steve Nash. – AFP

    Aksi Andrew Wiggins membuat jaringan three-point semasa separuh masa pertama perlawanan NBA di San Francisco, 29 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...