Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jasad Li Keqiang disemadi di Beijing

    BEIJING, 2 NOV – Jasad bekas Perdana Menteri China, Li Keqiang, disemadikan di Babaoshan Revolutionary Cemetery, Beijing hari ini, lapor Xinhua.

    Li, 68, meninggal dunia pada Jumaat lepas akibat serangan jantung.

    Presiden China Xi Jinping dan isteri  Peng Liyuan adalah antara pemimpin tertinggi negara yang berada di tanah perkuburan itu untuk memberi penghormatan terakhir.

    Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Li atas pemergiannya. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda