Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Jasad terakhir mangsa tragedi pesawat Nepal ditemui

    KATHMANDU, 31 MEI – Jasad terakhir mangsa tragedi pesawat penumpang Nepal telah ditemui hari ini, menjadikan kesemua 22 mangsa nahas berjaya ditemui, menurut Tentera Nepal.

    “Jasad terakhir telah ditemui. Sedang menguruskan untuk membawa 12 jasad terakhir dari lokasi nahas ke Kathmandu,” menurut ciapan Brigadier Jeneral Narayan Silwal, jurucakap Tentera Nepal, yang mengetuai usaha mencari dan menyelamat.

    Siasatan awal mendapati keadaan cuaca buruk menyebabkan pesawat Twin Otter itu terhempas di kawasan berbukit di daerah Mustang Nepal, tetapi siasatan penuh tragedi berkenaan akan dilakukan pasukan penyiasat lima anggota, jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Deo Chandra Lal Karn memberitahu Xinhua.

    Pesawat Tara Air hilang pada pagi Ahad sejurus berlepas dari bandar Pokhara, Nepal menuju ke Jomsom di daerah Mustang.

    Seramai 19 penumpang, termasuk 13 warga Nepal, empat warga India dan dua warga Jerman berada di dalam penerbangan itu bersama tiga anak kapal.

    Tentera Nepal menemui lokasi nahas termasuk 21 mayat pada pagi Isnin dan 10 jasad telah diterbangkan ke Kathmandu pada hari yang sama. –Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...