Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jasmin Hamid jalani pembedahan pada hari lahir

    Pelakon Jasmin Hamid, memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan kecil bagi memulihkan dirinya daripada kanser rahim.

    Kata Jasmin, 50, dia dimasukkan ke hospital kelmarin sebagai persediaan sebelum menjalani pembedahan pada Jumaat yang juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya.

    “Hari ini saya masuk di hospital dan esok merupakan tarikh hari lahir saya, saya akan jalani pembedahan kecil.

    “Mohon doa daripada kalian untuk Allah lancar dan pemudah semua prosedur pembedahan dan bebas kanser rahim,” katanya menerusi laman Instagram.

    Dalam masa sama, Jasmin juga mengakui hatinya tergores apabila ada pihak melontarkan komen negatif dengan mengutuk fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan dihidapinya.

    Kata Jasmin, perubahan fizikal dirinya itu disebabkan masalah sista dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.

    “Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk hingga ada kalanya kata-kata orang itu menggores perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya,” katanya.

    “Tiada siapa pun dalam dunia ini nak gemuk termasuklah saya, jadi, hari ini saya dedahkan kenapa,” ujarnya lagi.

    Sementara itu, Jasmin memberitahu dia juga telah memaafkan pihak yang mengutuk fizikalnya sebelum ini. – Agensi

    Jasmin Hamid mendedahkan bahawa dia mengalami kanser rahim. – beritaharian.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda