Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jasmin Hamid lega bebas kanser

    Pelakon Malaysia, Jasmin Hamid mampu menarik nafas lega apabila dimaklumkan masalah cyst dihadapinya sebelum ini bukan kanser rahim.

    Memetik dari mStar, Jasmin, 50, berkata, ketumbuhan yang terdapat pada bahagian rahimnya itu juga semakin mengecil malah doktor tidak menyarankan dia melakukan pembedahan membuang cyst.

    “Saya mahu berkongsi dengan semua mengenai keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini… Doktor maklumkan saya bebas kanser rahim.

    “Doktor juga beritahu cyst pada bahagian sebelah kiri pun sudah hilang manakala sebelah kanan pun sudah mula mengecut.

    “Doktor beritahu mungkin saya tak perlu buat pembedahan buang ketumbuhan itu,” katanya.

    Jasmin berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang kelmarin.

    Bagaimanapun kata pelakon itu, beliau masih perlu menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memastikan cyst pada bahagian kanan rahimnya tidak kembali membesar.

    Tidak hanya itu, doktor turut memaklumkan tahap kesihatannya juga semakin menunjukkan peningkatan.

    “Doktor beritahu kesihatan saya semakin pulih, saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebab gembira apabila bebas daripada kanser rahim.

    “Alhamdulillah ini semua dengan izin dan rahmat Allah serta berkat doa keluarga, rakan-rakan serta semua yang sayangkan saya,” ujarnya.

    September lalu, Jasmin mendedahkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil pada ulang tahun kelahirannya.

    Kata Jasmin, dia tergores hati dengan komen negatif netizen yang mengutuk perubahan fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan sedang dihadapinya.

    Jelasnya, perubahan itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga beliau mengalami pendarahan pada rahim.

    Tahun lalu, Jasmin mengalami serangan jantung dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) namun tahap kesihatannya beransur pulih selepas mendapat rawatan. – Agensi

    Perubahan fizikal Jasmin sebelum ini disebabkan masalah cyst dan hormon tidak stabil. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda