Menjalani ibadah puasa bukan perkara asing buatnya. Seperti tahun sebelumnya, pelakon Jasmine Suraya Chin tidak mahu ketinggalan berpuasa pada Ramadan bagi menghormati rakan dan peminat yang menjalani ibadah ini. Sungguhpun bukan beragama Islam, pelakon drama Adellea Sofea dan Bidadari Salju itu turut mempersiapkan diri. Kata Jasmine, dia sudah merencana berpuasa selama satu atau dua minggu,

