Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jason Momoa pernah bercita-cita jadi ahli politik

    Pelakon Jason Momoa mendedahkan sekiranya tidak bergelar artis dia akan menceburi bidang politik untuk menyelamatkan bumi.

    Menurut pelakon filem Aquaman itu, sekiranya usianya masih muda dia berhasrat untuk memberikan impak positif kepada alam sekitar.

    Sempena menyertai program dokumentari On The Roam baru-baru ini, Jason juga berkongsi antara amalan yang boleh dibuat bagi individu yang bercita-cita untuk melakukan perubahan kepada bumi.

    Ini termasuk menyarankan penjimatan penggunaan elektrik selain memilih pemakanan yang betul bagi mengelakkan kerosakan bumi.

    “Jika saya masih muda, saya mungkin akan cuba untuk melakukan sesuatu dan masuk ke dalam bidang politik untuk berjuang menyelamatkan planet kita.

    “Apa yang kita boleh lakukan adalah usaha kecil yang dimulakan dari rumah seperti menjimatkan tenaga eletrik dan berjimat dengan apa yang kita makan. Fikirkan adakah kita memerlukannya?,” katanya kepada People.

    Dalam pada itu, sempena menyambut tahun baharu 2024 ini, Jason turut mendedahkan matlamatnya untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

    Sebagai tambahan kepada aktiviti sihat, pelakon tersebut ingin mengutamakan kesihatan mental, menekankan cinta terhadap diri sendiri dan bijak menguruskan tekanan, lapor mStar. – Agensi

    Jason menyimpan impian untuk menyelamatkan bumi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda