Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jatuh cinta dan hapuskan sumpahan

    Ulasan Buku oleh Raz AS

    SEBAGAI seorang penulis karya laris New York Times yang mendapat perhatian ramai dalam masa yang singkat, Brigid Kemmerer telah menampilkan sebuah novel fantasi kontemporari bertemakan Beauty and the Beast berjudul A Curse So Dark and Lonely, yang sangat sesuai bagi peminat-peminat novel Marissa Meyer.

    Jatuh cinta dan hapuskan sumpahan. Kedengarannya ia sesuatu yang senang untuk dicapai oleh Putera Rhen, waris kerajaan Emberfall, yang telah disumpah oleh seorang ahli sihir untuk mengulang musim luruhnya ketika dia berusia 18 tahun, berulang-ulang kali.

    Rhen tahu bahawa sumpahan tersebut dapat dihapuskan sekiranya seorang gadis jatuh cinta kepadanya. Namun setelah Rhen mendapat tahu bahawa pada setiap penghujung musim luruh, dia akan berubah menjadi makhluk ganas yang dahagakan kemusnahan.

    Akibat perubahan tersebut, segala-galanya telah musnah. Istananya, keluarganya dan juga setiap titis dan cebisan harapan baginya untuk membebaskan diri daripada sumpahan.

    Manakala kehidupan Harper Lucy tidak putus-putus dilanda malang. Ayahnya telah lama meninggal dunia, ibunya sedang sakit tenat dan abangnya pula kurang membantu dalam memastikan agar keluarga mereka dapat bertahan di samping sentiasa memandang rendah terhadapnya kerana kondisi kesihatan yang dialaminya.

    Hapuskan sumpahan, selamatkan kerajaan. Seorang putera? Seekor raksasa? Sumpahan? Harper tidak tahu di mana dia berada atau apa yang harus dipercayainya. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan novel A Curse So Dark and Lonely di pasaran berdekatan.

    Oleh yang demikian, Harper harus belajar untuk menjadi seorang yang tabah demi kelangsungan hidup. Namun ketika dia cuba untuk menyelamatkan seseorang di jalanan Washington DC, Harper dengan secara tidak sengaja telah ditarik masuk ke dunia sumpahan Rhen.

    Hapuskan sumpahan, selamatkan kerajaan. Seorang putera? Seekor raksasa? Sumpahan? Harper tidak tahu di mana dia berada atau apa yang harus dipercayainya.

    Akan tetapi semakin lama dia meluangkan masanya bersama Rhen di bumi ajaib itu, dia mulai mengerti apakah yang menjadi taruhan. Dan dengan Rhen mula menyedari bahawa

    Harper bukanlah seperti gadis-gadis lain yang pernah ditemuinya, harapannya kembali hidup.

    Walau bagaimanapun, sebuah kekuatan jahat akan datang melanda Emberfall dan ia memerlukan lebih daripada memusnahkan sumpahan itu demi menyelamatkan Harper, Rhen dan orang-orangnya daripada dilanda kemusnahan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda