Thursday, May 8, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jauhi makanan bergoreng jika sakit tekak, batuk

    BILA sakit tekak dan batuk, kita akan rasa tidak selesa. Semua makanan jadi tidak ada rasa apa-apa dan tidak sedap. Jadi apa makanan untuk orang batuk? Di sini dikongsikan antaranya:

    1. Makanan dan buah-buahan yang mudah ditelan

    Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut, sayur lembut, yogurt dan lain-lain. Contoh buah yang lembut ialah pisang dan betik.

    2. Jauhi makanan yang keras

    Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk. Ini seterusnya akan meningkatkan keradangan pada tekak.

    3. Jauhi makanan bergoreng

    Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.

    4. Jauhi makanan pedas

    Makanan yang pedas, terlalu berempah atau tinggi monosodium glutamate (MSG), terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.

    5. Jauhi makanan yang terlalu sejuk

    Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.

    Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu manis. Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak.

    Semua ini adalah cadangan makanan yang diberikan dan jaga pantang larang ini untuk cepat sembuh dari batuk dan sakit tekak. Jika masih tidak berkurang, sila berjumpa doktor! – Agensi

    Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut, sayur lembut, yogurt dan lain-lain. Contoh buah yang lembut ialah pisang dan betik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda