Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jawatan PM PNG dicabar

    PORT MORESBY, 6 Mei – Perdana menteri Papua New Guinea menegaskan beliau masih mempunyai sokongan daripada partinya hari ini dan boleh mengelak daripada disingkirkan daripada jawatannya dalam undi tidak percaya.

    Peter O’Neill mungkin menghadapi satu lagi pengundian mengenai jawatan perdana menterinya selama lapan tahun selepas parlimen kembali bersidang esok, selepas beberapa siri pembelotan politik profil tinggi.

    Mengecam individu “yang mementingkan diri sendiri”, pemimpin berusia 54 tahun itu berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau berasa “amat yakin kami mempunyai jumlah undi untuk meneruskan pentadbiran.”

    Pengkritik O’Neill menuduh beliau menjalankan pemerintahan mutlak dan menggunakan jawatan untuk kepentingan dirinya.

    Mereka sedang bersaing untuk memperoleh 56 undi yang diperlukan daripada 111 anggota parlimen untuk menguatkuasa undi tidak percaya.

    Penentang O’Neil dipercayai kekurangan empat undi daripada jumlah yang diperlukan untuk menyingkirkannya, tetapi lobi di sebalik tabir adalah terdesak, dan keadaan mungkin berubah dengan cepat.

    Menteri kewangan, pertahanan, kesihatan dan perhutanan adalah antara mereka yang telah membelot, bersama beberapa wakil rakyat dan gabernor wilayah yang berpengaruh. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda