Sunday, February 23, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jawatankuasa khas pantau Sungai Inanam

    KOTA KINABALU, 7 Nov – Jawatankuasa Pemantau Kebersihan Sungai telah ditubuhkan bagi meninjau tahap kebersihan sungai Inanam, dekat sini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pemantau itu, Lukin Teliban berkata penubuhan jawatankuasa itu dibuat baru-baru ini,  selepas bangkel mengenai cara menguji kebersihan sungai pada 27 hingga 28 Okt lepas.

    “Bengkel itu dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) (Pejabat Sabah) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan dihadiri 48 peserta daripada pelbagai agensi,” katanya.

    Lukin yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat Inanam berkata jawatankuasa itu akan bertanggungjawab meninjau perkembangan kebersihan sungai di kawasan berkenaan agar ia sentiasa dijaga dan terpelihara.

    “Jawatankuasa pemantau ini penting untuk memastikan tiada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dan sisa daripada bahan industri ke sungai Inanam dan menjadikan sungai itu tercemar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda