Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jawatankuasa pengurusan bencana Sabah akan diaktifkan

    KOTA KINABALU, 29 DIS – Semua jawatankuasa pengurusan bencana telah diarah untuk diaktifkan sebagai persediaan menghadapi bencana buruk di bahagian pantai timur dan utara Sabah seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). 

    Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah untuk segera mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana mereka dan sentiasa bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan terutamanya angin kencang, banjir dan tanah runtuh.

    “Saya mahu pihak berkuasa tempatan terus membersihkan semua laluan air dan longkang bagi memastikan ia tidak tersumbat sekiranya hujan berterusan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda