Monday, September 23, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jawatankuasa pinda perlembagaan dilancarkan

    BANGKOK, 3 OKT – Perdana menteri Thailand hari ini melancarkan jawatankuasa untuk mengkaji pindaan perlembagaan yang digubal tentera, tetapi menolak sebarang perubahan kepada bahagian yang menjadi kontroversi berkaitan institusi diraja.

    Kerajaan baharu Perdana Menteri Srettha Thavisin mula berkuasa pada Ogos selepas pertikaian politik selama berbulan-bulan, setelah menjanjikan pembaharuan perlembagaan dalam pilihan raya umum Mei.

    Piagam semasa telah digubal pada 2017 selepas rampasan kuasa tentera pada 2014, dan memberikan kuasa yang besar kepada pegawai yang tidak dipilih dan angkatan tentera.

    Parti Pheu Thai pimpinan Srettha telah berikrar untuk mengadakan referendum bagi mengubah perlembagaan tersebut, memberitahu pengundi bahawa ia telah digunakan untuk melanjutkan pemerintahan junta ketika itu.

    Hari ini, Srettha melantik jawatankuasa 35 ahli untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai kemungkinan mengadakan referendum bagi meminda perlembagaan.

    Gambar AFP

    “Kami mempunyai tempoh tiga hingga empat bulan, atau sekurang-kurangnya sebelum tahun baharu, untuk membuat kesimpulan mengenai referendum ini,” kata Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai.

    Jawatankuasa itu akan mengandungi wakil daripada kerajaan dan pembangkang, serta ahli akademik, aktivis politik dan pakar undang-undang, katanya dalam sidang media.

    Phumtham berkata proses itu boleh mengambil masa lebih daripada tiga tahun, tetapi ia akan terbuka kepada perbincangan awam.

    Beliau berkata kabinet akan meluluskan dan mengemukakan cadangan jawatankuasa itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum mengadakan referendum.

    Namun, piagam baharu itu tidak akan mengubah apa-apa yang berkaitan dengan institusi diraja.

    “Kami tidak akan menyentuh Bab I dan Bab II termasuk hak prerogatif Diraja dalam artikel-artikel lain,” kata Phumtham. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda