Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Jaya Hypermart Gadong telah diumumkan sebagai pemenang pertama bagi Display Contest dan Most Saleable Outlets yang dianjurkan oleh Syarikat Seri Ladang dan Syarikat JDE Singapore.
Sementara itu tampil di tempat kedua ialah Sim Kim Huat cawangan Mata-Mata.
Manakala itu, Atlanta Supermarket, Syarikat Bolhassan Supermarket dan T.M Majeed Supermarket berada di tempat ketiga dalam pertandingan yang turut disertai oleh sebanyak 26 buah syarikat di seluruh Negara Brunei Darussalam.
Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang Owl Product Display, kelmarin, ialah Pengurus Syarikat Seri Ladang, Angie Liu. Sementara itu menerima hadiah di tempat pertama tersebut bagi pihak Jaya Hypermart ialah Pengurus Jaya Hypermart, Gadong, Paul Thomas.
Pemenang pertama menerima wang tunai berjumlah $1,288, tempat kedua berjumlah $888 dan tempat ketiga menerima $388.
Syarikat Seri Ladang merupakan pengedar produk berjenama Owl Brand dan Coffee King yang menawarkan pelbagai jenis produk kopi dan teh tarik berkualiti tinggi dari syarikat ternama di Singapura khas bagi para penggemar minuman berkenaan di Negara Brunei Darussalam.
