Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaz Hayat cari penyanyi rap Malaysia

    Pernah mencuri perhatian menerusi beberapa lagu hits seperti Dari Mata dan Karma, penyanyi yang mencipta nama di Indonesia, Jaz Hayat kini lebih rapi menyusun strategi dan perancangan agar namanya lebih dikenali pencinta muzik Malaysia.

    Jaz atau nama sebenarnya, Aziz Hayat, 31, kali ini sekali lagi mengintai peluang untuk berkolaborasi dengan artis tempatan bagi mengulangi kemanisan bekerjasama dengan penyanyi, Kaka Azraff menerusi lagu Karma yang diterbitkan sekitar dua tahun lalu.

    “Saya sebenarnya menyimpan hasrat agar satu hari nanti dapat berduet dengan penyanyi rap seperti K-Clique. Tetapi sehingga sekarang masih belum berkesempatan.

    “Selain itu, Zizan Razak juga pada saya seorang rapper yang cukup berbakat. Saya tak akan menolak sekiranya berpeluang untuk berduet dengan dia,” kongsinya menerusi platform Zoom, baru-baru ini.

    Meskipun popular di negara seberang, penyanyi kacak itu sebenarnya lahir dan membesar di Brunei.

    Jaz tidak pernah merancang untuk berhenti menyanyi. – Jpnn.com

    Memetik laporan Utusan Malaysia, Jaz mula menjadi penyanyi profesional sejak tujuh tahun lalu, dia kini mampu tersenyum dengan pencapaian yang diraih menerusi lebih tujuh buah lagu yang dinyanyikannya.

    Namun, anak kelahiran Bandar Seri Begawan itu tidak pernah berasa selesa dengan kedudukan sekarang, sebaliknya mahu terus berkarya untuk menggembirakan hati peminat.

    “Tumpuan saya tetap pada kerjaya, tak pernah sekalipun saya merancang untuk berhenti menyanyi. “Saya hargai peminat yang tidak pernah jemu, terus mengikuti perkembangan kerjaya saya sejak awal pembabitan saya dalam dunia seni.

    “Saya pasti mereka sentiasa menantikan ‘buah tangan’ baharu daripada saya. Jadi tak boleh berhenti, saya kena teruskan demi peminat,” kongsinya.

    Bercakap tentang buah tangan, Jaz baru-baru ini tampil dengan Seribu Tahun, sebuah lagu lama yang dinyanyikannya semula untuk dihadiahkan kepada peminat. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tingkat gelap