Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JBBSB anjur kempen derma darah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Seramai 43 orang menyertai kempen menderma darah sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan ke-54 Tahun anjuran Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB), dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Aras Bawah, Bangunan JBBSB, Jalan Perdana Menteri, pagi tadi.

    Turut hadir dalam kempen tersebut sekali gus menderma darah ialah, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Dayang Sharinah binti Haji Awang Suhaimi.

    Kempen itu bertujuan memberikan sokongan dan meningkatkan keprihatinan masyarakat dalam menyumbang serta menambah stok darah di Hospital RIPAS. Ia juga merupakan salah satu bentuk sumbangan daripada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta jabatan-jabatan di bawahnya dan penyertaan orang ramai.

    Selain itu, kempen tersebut juga merupakan satu amal kebajikan yang menggalakkan sifat beramal jariah, di mana menderma seunit darah mampu menyelamatkan nyawa.

    Diharapkan amalan itu akan diberkati dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

    Dayang Sharinah turut hadir menyertai kempen berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang menyertai kempen derma darah tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda