Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    JBBSB terap konsep kebersihan dalam Islam di sekolah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) baru-baru ini telah mengadakan Program Taklimat Kesedaran Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian Penggal 30, Pindaan 2021 di Sekolah Rendah Delima Satu.

    Ia diadakan untuk menerapkan konsep kebersihan dalam Islam dan menanam konsep patriotisme khususnya penting tanggungjawab menjaga kebersihan yang didukung oleh semua peringkat masyarakat sebagai tanggungjawab bernegara.

    Menurut JBBSB, program itu dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah terpilih di kawasan Bandar Seri Begawan dan Daerah Brunei dan Muara dengan Sekolah Rendah Delima Satu merupakan sekolah ke-12 dalam kluster kawasan Bandar Seri Begawan yang telah mengikuti program berkenaan pada 25 Februari lalu.

    Program itu merupakan salah satu inisiatif antara JBBSB dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara yang telah dilaksanakan sejak 2021.

    Program itu bermatlamat untuk mendidik masyarakat dari peringkat umur tujuh tahun ke atas dalam sama-sama memainkan peranan bagi mempertahankan dan mengekalkan usaha-usaha kebersihan melalui wadah pendidikan, pengajaran dan praktikal tatacara pembersihan yang sewajarnya.

    Melalui program itu, ia diharap dapat menyumbang dan melahirkan generasi yang cintakan kebersihan, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam sama-sama menjaga kebersihan dan keindahan Negara Brunei Darussalam.

    Program itu mengambil pendekatan pencambahan minda melalui permainan interaktif yang berkaitan dengan tema kebersihan bagi menerapkan budaya cintakan kebersihan dari peringkat awal usia lagi.

    JBBSB berkeyakinan dan berharap supaya program itu dapat membawa misi, Brunei Bersih, secara meluas serta berharap ia akan memberikan impak kepada orang ramai terutamanya para pelajar.

    Salah seorang pelajar menerima hadiah setelah mengikuti aktiviti yang diadakan. – Gambar serahan JBBSB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...