Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    JBC teroka dagangan India

    KUALA LUMPUR, 19 JAN – Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC) sedia bekerjasama dengan organisasi-organisasi perniagaan di Malaysia untuk membentuk Majlis Perniagaan Bersama (JBC), yang boleh menyediakan satu platform untuk meneroka peluang perdagangan dan pelaburan dengan India, kata Pengerusi Bersama AIBC, Datuk Ramesh Kodammal.

    Meskipun terdapat Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-India (AIFTA) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (MICECA), kesedaran mengenai tatacara untuk memanfatkan kedua-dua perjanjian itu bagi meluaskan perdagangan antara Malaysia dan India masih rendah.

    “Banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak menyedarinya dan JBC boleh menjadi platform yang berkesan untuk menganjurkan program jangkauan sebegini bagi menjelaskan faedah yang bakal diperoleh daripada perjanjian itu,” katanya kepada Bernama selepas menganjurkan majlis makan malam kehormat untuk Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BNReddy, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis itu ialah pemimpin perniagaan termasuk Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) Datuk N. Gobalakrishnan, Timbalan Presiden MIBC, Tan Sri N.Puvan dan Pengasas dan Pengerusi Konsortium Perindustrian India di Malaysia Datuk Umang Sharma dan korporat lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...