Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JBP adakan kejohanan boling

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) baru-baru ini telah mengadakan Kejohanan Tenpin Boling JBP, yang dibukakan kepada cawangan balai bomba di seluruh daerah dan bahagian termasuklah kakitangan jabatan berkenaan.

    Kejohanan yang diadakan di  iBowl Utama, Batu Satu yang dikendalikan oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran JBP bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan, mengeratkan ikatan silaturahim warga JBP, mengamalkan budaya sihat dan bersaing secara sihat sekali gus mengenal pasti potensi para pegawai dan anggota JBP untuk mewakili jabatan berkenaan pada acara sukan akan datang.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan tersebut ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan, yang turut dihadiri oleh para pegawai kanan dan anggota serta kakitangan JBP.

    Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada kejohanan tersebut iaitu Kategori Berpasukan, Kategori VIP Berpasukan dan Kategori Terbuka Perseorangan.

    Pasukan ‘On Duty’ daripada Operasi ‘A’ muncul juara bagi Kategori Berpasukan, disusuli oleh Pasukan ‘Charlie Angels’ daripada Operasi C dan pasukan daripada Bahagian Pentadbiran, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Manakala, bagi Kategori VIP Berpasukan pula menyaksikan Pasukan Operasi ‘A’ yang dianggotai oleh Penolong Penguasa Nazri dan Ahli Bomba Kelas (ABK) Satu 548 Masyadi, telah muncul sebagai juara.

    Sementara itu pasukan daripada Bahagian Teknikal berada di tempat kedua, disusuli oleh pasukan dari Bahagian Teknikal.

    Bagi Kategori Perseorangan terbuka pula ABK 548 Masyadi telah dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh Penolong Penguasa Pengiran Noorfaridahwati dan Pegawai Balai Nur Uzma Khadijah, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Antara pemenang pada kejohanan boling JBP yang diadakan di Batu Satu, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda