Sunday, December 29, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JBP anjur majlis tahlil

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), baru-baru ini, telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Bomba, JBP ke-64, 2024, yang berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir pada majlis 1 Mei lalu itu ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan serta jabatan-jabatan di bawahnya, ahli-ahli jawatankuasa keagamaan, pemangku pengarah bomba dan penyelamat, pemangku timbalan pengarah bomba dan penyelamat serta 150 orang anggota yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai, anggota dan kakitangan JBP.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa arwah dipimpin oleh Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

    Majlis berkenaan adalah antara majlis keagamaan yang telah disusun oleh JBP setiap tahun bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bersama warga KHEDN dan JBP yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda