JBP anjur majlis tahlil

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, yang diadakan di Kubah Makam Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun JBP ke-60 tahun. Majlis dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Mohd Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud.

Juga hadir ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan dan juga pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan JBP.

Surah Yassin dan Tahlil dipimpin dan dibacakan oleh Ketua Guru Ugama JBP, Haji Othman bin Awang Asat.

Majlis tersebut adalah di antara majlis keagamaan yang telah diaturkan dan selain majlis itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga akan meneruskan beberapa lagi aktiviti keagamaan dan kebajikan Sempena Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-60 tahun 2020.

Awang Mohd Amir Hairil dan Lim Hock Guan hadir bersama pegawai lain pada majlis berkenaan.