Tuesday, November 19, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    JBP raikan ulang tahun ke-64

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah meraikan ulang tahunnya yang ke-64 dengan majlis perbarisan yang diadakan di Padang Kawad, Ibu Pejabat JBP, Landasan Lama, Berakas pada 4 Mei lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua kabatan, pegawai-pegawai kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jemputan-jemputan khas.

    Ketibaan Yang Berhormat Dato dimulakan dengan Hormat Panglima daripada perbarisan kawalan kehormatan seramai 82 orang anggota yang diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat, Abdul Majid bin Haji Abdul Wahab.

    Yang Berhormat Dato seterusnya memeriksa perbarisan kawalan kehormatan keanggotaan JBP dengan diikuti oleh ucapan. Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Balai, Ishraqi bin Haji Sidup.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah meraikan ulang tahunnya yang ke-64 dengan majlis perbarisan yang diadakan di Padang Kawad, Ibu Pejabat JBP, Landasan Lama, Berakas, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JBP
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin melihat lebih dekat perkakas digunakan dalam pertunjukan kemalangan jalan raya pada majlis itu. – GAMBAR SERAHAN JBP
    GAMBAR SERAHAN JBP
    GAMBAR SERAHAN JBP

    Sebaik saja perbarisan kawalan kehormatan beredar keluar, majlis diteruskan dengan persembahan Pasukan Pancaragam JBP dan persembahan padang daripada gabungan penduduk kampung yang pernah menyertai kursus kebakaran dan juga anggota bomba.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Kursus Life Saver 995 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin kepada lima orang penghulu dan ketua kampung yang telah pun menjalani kursus berkenaan iaitu Kampung Merangking, Rumah Panjang Mendaram, Rampayoh dan Teraja, Rumah Panjang Kampung Semabat, Kampung Bolkiah A dan Bolkiah B.

    Selain penyampaian sijil, wakil-wakil juga menerima set-set peralatan bomba yang asas seperti hos, nozzle, key dan bar.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga berpeluang berinteraksi dengan anggota yang terlibat dalam persembahan kemalangan kenderaan jalanraya serta melihat secara lebih dekat perkakas khas yang digunakan semasa beroperasi.

    Sebelum beredar, Yang Berhormat Dato juga berkesudian menandatangani lembaran kenangan Hari Ulang Tahun JBP ke-64.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda