Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    JBPM bersiap siaga hadapi kebakaran hutan

    KUCHING, 27 Feb – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak kini menambah jumlah anggotanya di lapangan, memantau keadaan bagi menghadapi kemungkinan terjadinya kebakaran hutan dan tanah gambut.

    Pengarahnya, Khirudin Drahman berkata, pihaknya sentiasa berada dalam kesiapsiagaan kerana cuaca panas dan kering dijangka melanda Sarawak sehingga Mei.

    “Dalam tempoh ini, pihak Bomba akan meningkatkan jumlah keanggotan di lapangan disamping meningkatkan tinjauan udara, bagi mengesan kes-kes kebakaran yang berlaku, selain memantau keadaan cuaca melalui web Jabatan Meteorologi Malaysia.

    “Selain itu, Bomba turut bekerjasama dengan lain-lain agensi yang terbabit, bagi memastikan setiap kes pembakaran hutan dapat dikesan lebih awal untuk diambil tindakan pantas, sebelum ia menjadi semakin serius,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

    Khirudin berkata, pihak Bomba juga akan membuka bilik Gerakan Operasi di kawasan yang mencatatkan kes kebakaran hutan yang tertinggi.

    “Setakat ini, kawasan panas yang dikenal pasti pihak Bomba sering berlaku kebakaran adalah Miri dan Mukah.

    “Di samping itu, pihak Bomba turut bersedia dari segi logistik dengan menyediakan helikopter yang berpangkalan di Miri, sekiranya memerlukan kaedah pemadaman ‘water bombing’ untuk mengawal kebakaran,” katanya.

    Tegasnya, sebagai langkah awal mengelakkan berlakunya kebakaran hutan, masyarakat setempat dinasihatkan untuk tidak melakukan sebaranag pembakaran terbuka. – Bernama

    Khirudin Drahman melancarkan Modul Keselamatan Kebakaran pada majlis Perbarisan Tahunan 2019 jabatan itu di Kuching pada 23 Januari lalu. Khirudin Drahman berkata, pihaknya sentiasa berada dalam kesiapsiagaan kerana cuaca panas dan kering dijangka melanda Sarawak sehingga Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda