Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    JBPM Sabah terus pantau impak kejadian gempa bumi di Filipina

    SANDAKAN, 3 DIS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah terus memantau kejadian gempa bumi di Mindanao, Filipina malam tadi dengan gegaran susulan sehingga pagi ini, sekiranya ia turut memberi impak kepada Sabah.

    Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Hamsa Isnurdini berkata, walaupun pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan terutama di pantai timur mengenai impak kejadian gempa bumi, pihaknya tetap membuat pemantauan rapi kerana kejadian itu melibatkan negara jiran berhampiran sempadan Malaysia.

    “Kami (JBPM) tidak menerima sebarang laporan atau maklumat daripada orang ramai, tetapi kami memantau dengan rapi keadaan itu.

    “Pegawai dan anggota kami khususnya di pantai timur dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

    Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah selatan Filipina pada 10.37 malam, 42 kilometer (km) tenggara Gingoog City dengan kedalaman 85km.

    Setakat 11.28 pagi hari ini, kawasan itu menerima 14 gegaran susulan sederhana, namun MetMalaysia berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian. – Bernama

    Gambar – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...