Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    JBS anjur Kejohanan Bola Jaring

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada ketika ini sedang menganjurkan Kejohanan Bola Jaring sempena Hari Perkhidmatan Awam ke-29 Tahun 2022 pada 19, 21, 26 dan 28 Mei 2023 di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

    Kejohanan tersebut disertai oleh lapan buah kementerian terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Penyertaan kejohanan dibukakan kepada semua pegawai dan kakitangan di kementerian-kementerian dan jabatan- jabatan kerajaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda