Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    JCB: Lebih 100 kekosongan ditawarkan 24 Oktober ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – JobCentre Brunei (JCB) akan menganjurkan Hari Pengambilan (Recruitment Day) pada 24 Oktober ini yang akan diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong di mana sesi akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan dari pukul 1:30 hingga 4 petang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JCB, di sini, hari ini, hari pengambilan itu bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kekosongan yang terdapat pada masa ini dalam sektor swasta serta juga sebagai peranan dan perkhidmatan JCB dalam membantu pencari kerja tempatan mendapatkan pekerjaan.

    Acara itu akan mengetengahkan sesi temu duga oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian termasuk Massutera Engineering Sdn Bhd, Sim Kim Huat Trading Co. Sdn Bhd, OTCInc Sdn Bhd, Megalift Sdn Bhd, Brunei Transporting Company dan Kaizen Sushi Restaurant.

    Syarikat-syarikat yang telah mengambil bahagian akan mengetengahkan lebih daripada 100 kekosongan dan JCB mengalu-alukan pencari kerja tempatan untuk menyertai sesi temu duga supaya mereka dapat merebut peluang kekosongan yang ada serta diingatkan untuk membawa vitae kurikulum (CV) mereka dan dokumen relevan bagi sesi temu duga.

    Di samping itu, ia juga memberikan peluang kepada mereka untuk membina rangkaian dengan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

    Semasa acara itu, orang ramai boleh mendapat akses dan maklumat mengenai perkhidmatan JCB termasuk Program Perantisan i-Ready dan pendaftaran ke dalam portal JCB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda