BEIJING, 30 JAN – Syarikat pembelian dalam talian China, JD.com Inc menamatkan operasinya di Indonesia dan Thailand di tengah-tengah persaingan sengit di Asia Tenggara.
JD.com akan berhenti menerima pesanan pada 15 Februari di kedua-dua negara dan ditutup pada bulan berikutnya, menurut pengumuman hari ini di laman web kedua-dua negara itu.
Syarikat itu tidak memberi alasan untuk penutupan itu, tetapi vendor e-dagang di Asia Tenggara telah dihimpit oleh persaingan sengit, termasuk saingan dari China JD.com, Alibaba Group. – AP