Friday, March 28, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    JDB FT pesta jaringan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 26 OGOS – Jabatan Daerah Belait FT (JDB FT) meraikan kejayaan menewaskan Maulana FT 5-1 dalam aksi terbaharu Kejohanan Bolasepak Daerah Belait 2019 yang berlangsung di Seria Arena, kelmarin.

    JDB FT bermula garang dari awal dengan gol pembukaan Awang Safuan Johar menggegar gawang tiga minit selepas sepak mula dan terus memimpin sehingga dua gol lagi disumbat dalam pada minit ke-23 dan tujuh minit kemudian.

    Rakan sepasukannya, Awang Hamizan Aziz Sulaiman terus membantu pasukan mengukuhkan kedudukan apabila menjaringkan satu gol lagi pada minit terakhir babak pertama untuk berada di depan dengan kedudukan 4-0.

    Maulana FT terus mengasak untuk mencari ruang tetapi JDB FT berjaya melancarkan serangan balas untuk menjaringkan gol pada minit ke-58 pada babak kedua menerusi Pengiran Mohd Sallehuin bin Pengiran Haji Idris.

    Bagaimanapun, usaha Maulana FT untuk mendapatkan gol sagu hati tercapai pada minit terakhir perlawanan menerusi Awang Abdul Syafiq Abd Khaliq.

    Pemain JDB FT dan Maulana FT bersaing dalam pertemuan mereka di Seria Arena, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda